Sejarah SEMESRA

 Sekolah Menengah Kebangsaan Sura terletak di sebuah kampung di persiaran pantai Laut China Selatan. Ianya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sura bersempena nama letaknya iaitu di Kampung Sura.
 Sekolah ini mula dibina pada tahun 1993 dengan keluasan 7.2 hektar dan mula beroperasi pada 16.6.1995. Pada tarikh tersebut, hanya seorang Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Encik Mat Zali B. Ismail ditempatkan di sekolah ini untuk menguruskan dan mentadbir sekolah pada peringkat awal.
 Pada 1.7.1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Sura (SMKS) mula dibuka untuk menerima pelajar seramai 325 orang dari tingkatan 1, 2 dan 4 serta 13 orang guru yang sebelum ini ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah (SMKTIZ). Pelajar-pelajar dari SMKTIZ ini berpindah secara blok ke SMKS, iaitu rumah kediaman mereka yang berada berhampiran dengan SMKS dan yang bersempadankan jalan utama, Bandar Dungun Ke Kemaman.
 Pada permulaan sekolah ini dibuka, hanya terdapat 7 kelas sahaja iaitu Tingkatan Satu sebanyak tiga kelas, Tingkatan Dua sebanyak tiga kelas, dan satu kelas untuk Tingkatan Empat.Manakala  bilangan gurunya pula ialah seramai 14 orang sahaja yang terdiri daripada 5 orang guru lelaki dan 9 orang guru perempuan serta seorang Pembantu Tadbir.
 Bermula pada 1.7.1995-9.12.1995,sekolah ini tidak mempunyai Pengetua.Tugas mengurus sekolah dilaksanakan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Encik Mat Zali Bin Ismail.Hanya pada 10.12.1995,Tn. Hj. Abdullah B. Ali, iaitu Pengetua SMK Paka telah bertukar menjadi Pengetua SMK Sura yang pertama.Namun begitu, beliau tidak lama menjawat jawatan tersebut kerana pada 1.3.1996,beliau ditukarkan pula menjadi Pengetua SMK Sultan Omar,Dungun.
 Pada 1.4.1996, En. Abdul Malik B. Musadali iaitu Penyelia Petang SMK Ketengah Jaya dilantik sebagai Pengetua Kedua SMK Sura.Beliau berkhidmat sehingga 31.12.1999 dan kemudiannya bertukar ke SMK Pulau Serai,Dungun.En. Zakariah B. Ali, iaitu Pengetua SMK Jerangau telah menjadi Pengetua SMK Sura Pada 1.1.2000 sehingga 31.1.2001.Pada 1 haribulan Disember 2000, Puan Hajah Midah Bt. Mamat pula dilantik sebagai Pengetua ke empat SMK Sura bagi menggantikan En. Zakariah b. Ali yang bertukar ke SMK Ketengah Jaya. Puan Hajah Midah Bt. Mamat bertugas sebagai Pengetua SMK Sura sehingga 2009. Kini pengetua ke lima SMK Sura digantikan dengan Puan Salmah bt Tahar dari SMK Ketengah Jaya dan Puan Midah ditukarkan ke tempat bertugas asal Puan Salmah.